Aug 10, 2011

Kalau itu kesudahan kita....Bahagian 2

farhan kini bergelar penuntut sarjana muda...masih mendalami ilmu kejuruteraan yang masih banyak untuk ditimba...kehidupan berkasih sudah bertahun ditinggalkan...bayang azreen dan perasaan bersalah masih memuncak dihati...kecewa dan kesakitan yang bagai semalam dirasai masih membuntukan niat untuk berkasih...lebih teruk...farhan masih mencari diri azreen dalam diri setiap gadis yang ditemuinya....

berada jauh dari pangkuan keluarga benar2 membantu farhan untuk berdikari...jauh dari azreen...dan jauh dari segala pengkhianatan...diibaratkan memulakan hidup yang baharu...farhan berkelana seorang diri tanpa insan yang bergelar sahabat ke sebuah universiti yang disegani...

kehidupan farhan berjalan seperti biasa...pada kaca mata mereka yang bergelar kawan...ketiadaan azreen kelihatan seperti bukan satu halangan bagi farhan untuk meneruskan hidup...tapi bagi mereka yang bergelar adik beradik angkat...kilauan kesedihan masih terpancar setiap kali nama azreen diungkap dalam perbualan semasa berkumpul...

hidup diperantauan seperti seorang yang tiada kg halaman...farhan jarang kembali ke tempat dimana memori byk tercipta...sekali bertandang ke kg halaman...ibu bapa dan yang terdekat sahaja yang dicari...itupon sekejap cuma....kesedihan yang dialami ditahan dan diketepikan dengan pembelajaran...mengelakkan masa lapang bagi memastikan akal fikiran tidak terlintas nama azreen...namun sekalung rantai...yang dihiasi 2 bentuk cincin masih setia di leher farhan...cincin yang pernah berada di jari azreen dan jarinya sendiri....

**************************

Kini farhan ditahun 3 pengajian...setahun lagi perjalanan dan jika tiada aral melintang...farhan akan pulang dengan gelaran sarjana muda...satu penantian yang amat dinantikan...bergerak aktif dalam pergerakan sukarelawan...farhan berkesempatan untuk menyertai satu program sukarelawan ke afrika bagi membantu mereka memerlukan...perjalanan yang semakin jauh dari tanah air sememangnya menjadi pilihan...untuk seketika...farhan dapat melarikan diri dari kekusutan yang masih bersimpul dalam hati nurani....

namun perjalanan yang disangka akan memberikan pengalaman baru itu ternyata memberi kejutan besar kepada farhan...memang telah diberitahu bahawa mereka bukanlah satu2nya badan sukarelawan yang akan berada di sana...terdapat beberapa badan sukarelawan lain yang akan turut serta...dari serata pelusuk dunia...farhan membayangkan segala jenis orang yang akan ada disana...bersedia untuk membina hubungan persahabatan dengan mereka yang berlainan agama...bangsa...dan negara....namun kelibat azreen yang berbaju putih berantaikan steteskop tidak pernah terlintas dalam bayangan farhan....

ya...azreen ada disana...sebagai seorang pelatih perubatan yang mengikuti pasukan sukarelawan dari india...satu negara yang popular dengan kehebatan ilmu perubatannya...suara yang pernah menemani farhan sehingga tertidur pasti tidak akan dilupakan...rupa paras yang pernah menawan hati pasti tidak pernah padam dari kotak memori farhan...alhamdulillah...azreen berjaya dalam hidupnya...cita2 yang dikejar azreen kini sudah kian hampir untuk dia miliki...hanya memerhatikan dari jauh...farhan tidak mempunyai kekuatan untuk mengorak langkah menegur gadis tersebut...

malam itu diadakan satu majlis keramaian...bagi menyambut gerakan sukarelawan yang baru tiba...ramah mesra antara ahli menjadi agenda utama pada malam itu...berbekalkan segelas air...farhan mendekati seorang gadis yang diperhatikannya semenjak siang lagi...beserta pelawaan...farhan menghulurkan gelas yang penuh berisi kehadapan gadis tersebut...pelawaan farhan tidak disambut kata2 tapi pandangan yg seakan2 terkejut...farhan menyambung pelawaannya lagi

"Minum lah...milo ais...macam yang awak slalu buat bila awak nak study malam dulu...milo dari malaysia nie...kalau nak saya ada lagi...^_^"

senyuman dikuntumkan kepada sidia yang pernah dan masih bertakhta di hati....si gadis masih terpaku dan membisu tanpa kata...selepas seketika tangan yang tadi kaku bergerak menyambut gelas yang dihulurkan...

"mungkin lain kali kita boleh berborak...ok dokter??? ^_^"

sekuntum lagi senyuman dilemparkan...dengan pantas farhan berlalu pergi dengan penuh pasti bahawa si gadis adalah wanita sama...linangan air mata kelihatan menitis melintasi bibir yang mengukir senyuman....

bermula detik pertemuan itu...farhan dan azreen kembali berhubung...peribadi mereka dikongsi...ternyata kedua2nya masih tidak dimilik....perhubungan yang bermula dari email beralih kepada FB...dan dari FB kepada telefon...dari mesej kepada panggilan telefon...dan dari panggilan telefon beralih kepada pertemuan semasa cuti semester...kg halaman yang dahulunya jarang dijenguk kini menerima kunjungan farhan setiap kali azreen pulang ke rumah...

perasaan yang telah bertahun lama menghilang kini kembali bertapak di hati...siang dan malam bukan penghalang mereka berhubung...senyuman yang kelihatan di raut wajah farhan kini kian berseri....bukan lagi senyuman palsu yang dilemparkan untuk menutup sekeping hati yang retak seribu...

kelibat aidilfitri kelihatan semakin hampir...sedang asyik farhan mencari juadah berbuka...pesanan ringkas dari azreen diterima...sudah menjadi perkara biasa bagi farhan melihat skrin paparan mengeluarkan nama si azreen tatkala pesanan ringkas diterima...belum dibuka lagi pesanan tersebut...senyuman farhan jelas terlihat...

"awak kat mana???"
ringkas pertanyaan azreen...


"kat bazaar...dah sampai malaysia dah...tapi still x blik kuantan lagi...ade kat KL tumpang rumah kawan sehari dua...awak nie bila nak balik???"

"lusa saya sampai malaysia...dalam pukul 8 malam...erm...tunggu saya kat airport bleh x???kite balik sama2"

wa...perut yang tadi berbunyi bising kini diam...badan yang tadinya lemah kini seakan boleh berlari...kuih seri muka yang ditatap kini kalah dengan seri di muka farhan...dada berombak kencang...persetujuan diberi sepantas kilat dan hari yang dijanjikan ditunggu penuh kesabaran oleh farhan...

*******************************************

sabtu...hari yang dijanjikan...jam menunjukkan pukul 7 petang...kelibat farhan kelihatan berhampiran kedai serbaneka...kombinasi jeans dan sweater dan ditambah sebuah "ruck sack" digalas di atas belakang...sebab agak teruja...farhan bertolak awal ke airport...terlupa terus tentang bekalan untuk berbuka puasa...jawabnya mengadap kedai serbaneka cari roti tuk dijadikan juadah...cadbury black forest...roti coklat dan air 100 plus menjadi menu farhan berbuka hari ini....

azan berkumandang...roti dan air dijadikan menu terlebih dahulu...cadbury ingin disimpan kemudian...bukan apa...coklat lebih enak dinikmati perlahan-lahan...selesai makan...surau menjadi arah tuju farhan...selesai solat...farhan melabuhkan punggungnya di kerusi menunggu...coklat cadbury yang dibelinya tadi kini berada di tangan...dibuka perlahan2 sambil melihat orang sekeliling...ternampak kelibat seorang budak lelaki...memerhatikan pergerakan tangan farhan yang sedang membuka coklat tersebut...terselit perasaan ingin mengusik...farhan dengan pantas membuka coklat dan cuba menggigit coklat tersebut...anak mata yang sejak tadi memerhatikan budak lelaki itu sempat melihat apabila dia turut ternganga sama ketika farhan ingin memulakan gigitan...diulang beberapa kali dan gelagat yang sama masih kelihatan...farhan memalingkan muka dan memanggil budak itu...kesemua coklat yang baru dibuka itu diberikan kepada budak lelaki itu...senyuman manis terlihat di wajahnya...dan terus berlari mendapatkan ibu yang sedang beratur di kaunter tiket...

dengan senyuman farhan melangkah berjalan ke arah kedai serbaneka yang sama...coklat yang sama namun saiz yang berbeza...jika tadi dibeli saiz medium...kini saiz large menambat hati farhan...keluar dari kedai tersebut sambil membuka balutan coklat...kedengaran satu suara menegur farhan...

"Coklat??? mesti black forest kan??"

kelibat azreen berpakaian sweater berwarna pink kelihatan seperti bidadari dimata farhan...hampir terjatuh coklat yang dipegang...tapi cepat2 farhan suapkan ke mulut...
"Its mine...kalau nak beli sendiri"

farhan memulakan bicara selepas sekian lama tidak bertegur...senyuman manis di wajah azreen membuatkan farhan seakan2 dipukau...coklat hanya dimakan sedikit...dibalut kembali dan disimpan ke dalam beg yang digalas farhan...sewaktu ingin menyimpan coklat tersebut...perbualan kecil berlaku antara mereka buat seketika...

A :- "cantik sweater...sejak bila pakai yang ade hoodie nie???"

F :- "Dulu lagi...pernah ade sorang nie mintak saya pakai...last2 jadi ske plak kat baju nie..."

A :- "Sorang???sumone special ke???"

F :- "Yup...sangat2 special...sayang sangat kat dia...tapi yang lepas...kite kene lepaskan...^_^"

A :- "sape la agaknya yer???"

F :- "So close to me right now...^_^"


senyuman diutuskan kepada azreen...langkah mula diatur menuju ke terminal bas...ketika tunduk ingin mengangkat beg azreen...rantai yang dipakai farhan terkeluar dari dalam sweaternya...cincin yang pernah dipakai mereka kini berada di leher farhan...azreen yang melihat kini tahu siapa yang dimaksudkan farhan...

dalam perjalanan menuju ke terminal bas...segalanya diceritakan...reaksi azreen sewaktu bercerita sedikitpon tidak berubah...sama seperti dahulu...semasa masih bergelar pasangan kekasih...farhan hanya mampu tersenyum...menikmati saat2 indah disisi seseorang yang amat disayanginya....

*******************************************

kerusi bernombor 13 dan 14 menjadi tempat duduk mereka...azreen kelihatan penat...mungkin kerana perjalanan yang jauh...15 minit bas memulakan perjalanan...azreen terlelap di sisi farhan...farhan hanya memandang dan senyum...teringat peristiwa lalu...sama seperti sekarang...dia dan azreen dalam perjalanan pulang dari satu majlis kadet laut di kuala lumpur...mereka duduk bersebelahan dan buat pertama kalinya farhan berpeluang memegang tangan azreen...their finger seems to fix perfectly together....

farhan cuba memegang tangan azreen...disentuh sedikit demi sedikit...risau azreen akan sedar dan marah...walaupun mengetahui risiko yang dipertaruhkan...farhan tetap mencuba...setiap pergerakan azreen walau sehelai rambut mematikan pergerakan farhan yang sedang cuba untuk memegang tangan azreen...coklat bersedia di tangan kanan kalau2 perkara yang tak diingini berlaku...

kini jemari farhan berada di telapak tangan azreen...sedikit lagi untuk farhan berada pada keadaan yang dia inginkan...keadaan dimana jemari dia berada diantara jemari azreen...namun azreen tersedar...farhan sepantas kilat menarik tangannya dan membuka balutan coklat...berlagak seperti tidak perasan bahawa azreen sudah terjaga...farhan terus mengigit coklat yang berada di tangan...

A :- "Nak sikit"

Pinta azreen manja...farhan yang masih dalam ketakutan tanpa banyak bicara menghulurkan apa yang diminta azreen...dipatahkan sedikit coklat yang dimakan dan dihulur kepada azreen...azreen menerima dengan senyuman dan melemparkan pandangannya ke luar tingkap sesudah menerima apa yang dipinta...

kelihatan azreen tidak sedar dengan apa yang ingin dilakukan farhan...nafas lega kini dihela farhan...tangan kiri yang tadinya memegang coklat kini diletakkan disisi...coklat yang dibeli dinikmati dengan perasaan yang sedikit hampa...gagal memegang tangan si azreen...sedang elok mengigit coklat...terasa tangan kiri farhan disentuh sesuatu...

A :- "saya tahu ape awak nak buat masa saya tengah tido td...nape x pegang terus je..."

farhan hanya senyum...senyum yang bercampur takut dan risau...azreen meletakkan tangannya berhampiran tangan farhan...farhan pula perlahan2 memulakan kembali apa yang terganggu tadi dan akhirnya...their finger fix perfectly together....

Tamat bahagian 2 

-->Kalau itu kesudahan kita....Bahagian1<--

No comments:

 
;