Aug 10, 2011

Kalau itu kesudahan kita....Bahagian 1

hye there....lepas berbuka td kan...nick teringat sumthing...erm...dah lama nick x mengarang...mengarang cerita rekaan sendiri...last buat mase skolah dulu...he5....teringin lak nak menaip malam nie...so...pada sape2 yang nak membaca...nick harap korang enjoy k...thx...^_^

cerita yang ditulis berlandaskan imaginasi nick dan merupakan rekaan semata-mata ^_^

****************************

Mata yang tadinya berkaca...kini membuat pandangan farhan kabur...seketika selepas kelibat azreen berlalu...kelipan yang menjengah ke wajah farhan mengalirkan air mata yang telah lama ditahan...hatinya hancur...retak seribu...x sangka perhubungan yang dibina...dijaga dan dilindung...akhirnya musnah...berita pertunangan yang berlansung terus dengan perkahwinan betol2 menjatuhkan farhan...

datang seorang pelayan menghulurkan sapu tangan...restoran bertaraf 5 bintang menjadi saksi kisah sedih antara seorang pensyarah/IR berpisah dengan kekasihnya seorang doktor...kisah cinta yang bermula sejak bangku sekolah...kini tamat...

**************************

Pesanan ringkas diterima farhan...seorang gadis yang memperkenalkan diri sebagai azreen bertanya mengenai pakaian yang perlu dipakai pada hari esok...memandangkan esok pertandingan kawad kadet laut berlansung...farhan yang masih kabur tentang latar belakang gadis tersebut terus memberi ape yang diminta...satu pujian ringkas dibalas memuji rambut farhan...almaklumlah...budak sekolah...baru buat rambut baru...mesti ade perhatian yang dicuri....

pada hari pertandingan...azreen yang masih dalam misteri kini jelas berada di depan mata farhan...seorang junior yang dilatih rakan seperjuangan...pertandingan bermula...farhan selaku ketua kontijen lelaki dengan yakin mengorak langkah membawa pasukannya untuk melakukan persembahan formasi...tepukan gemuruh menjadi teman sewaktu langkah masuk dimulakan...tepukan yang sama turut diterima ketika langkah keluar lapangan pertandingan...farhan berasa yakin....yakin bahawa kontijen yang dilatih selama 2 bulan dengan penuh sabar telah melakukan yang terbaik....

tiba giliran kontijen perempuan...sebagaimana hebatnya kontijen lelaki...sebegitulah juga kontijen perempuan...walau mendapat tentangan sengit dari sekolah yang bergelar "JERUNG"...namun persembahan mantap masih dapat dilakukan...

di akhir hari tersebut...terbukti kontijen yang menjadi juara adalah yang dipimpin oleh farhan...dan bagi kategori wanita...kumpulan yang disertai azreen menjadi juara...tidak cukup dengan kejayaan itu...farhan dinobatkan sebagai ketua platun terbaek kategori lelaki dan rakan seperjuangannya mendapat anugerah yang sama bagi kategori perempuan...kegembiraan yang dirasai amat menyenangkan...penat lelah terasa berbaloi...dan dalam masa itu...farhan sempat bertegur sapa dengan si dia...yang bernama azreen...

ekoran kemenangan itu...farhan dan azreen kian rapat...rapat sebagai sahabat...namun lelaki dan perempuan...agak sukar untuk kekal sebagai sahabat...perasaaan sayang yang membuahkan bibit cinta mula mekar diantara mereka...namun hubungan mereka dirahsiakan...dirahsiakan farhan...bukan kerana malu...tapi kerana takut...takut beberapa orang kawan akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri dari farhan...azreen terkenal dengan rupa paras yang comel...dan ade di kalangan rakan2 farhan yang meminati azreen....

perhubungan antara azreen dan farhan seperti layang2 terputus talinya...sikap farhan yang lebih mengutamakan perasaan sahabat lebih dari perasaan sendiri telah mendera azreen...sebuah perhubungan yang dibuat ibarat suatu mimpi...tiada perubahan kearah kebaikan...hanya kearah keburukan...farhan mula menjauhkan diri dari azreen dan jarang berhubung....

**************************

perhubungan yang dirahsiakan selama setahun kini dipecahkan oleh farhan sendiri...mungkin kerana terasa seperti kehilangan roh dari jasad apabila seseorang cuba mendekati azreen semasa perkemahan peringkat kebangsaan...farhan tidak dapat menyertai perkhemahan tersebut kerana sijil pelajaran malaysia bukan satu perkara yang boleh ditinggalkan...

mereka yang dahulunya seperti tiada apa...kini tak ubah seperti bulan dan bintang...tamat persekolahan tidak menjadi masalah kepada si farhan untuk berjumpa si jantung hati...selaku bekas ketua kontijen...farhan secara sukarela menjadi tutor kepada ahli kadet laut yang ingin mempelajari kawad...namun bukan itu tujuan sebenar...kelibat azreen yang berada berhampiran lah punca farhan melakukan sesuatu seperti itu....menghilangkan penat dan lelah yang dialami...

x disangka seseorang yang angkuh...ego....bongkak...sombong...pentingkan diri...tidak mengambil tahu tentang orang lain....mampu dijinakkan oleh seorang gadis...itulah yang berlaku kepada farhan...garang dan kasar semasa mengajar...tetapi merah pipinya bila diusik azreen...hilang egonya bila dipujuk azreen...meruncing cemburunya bila lelaki mendekati azreen...mungkinkah itu cinta??? (Pergh nick...ayat ko xleh blah....ha5)...kegembiraan yang mereka kecapi sungguh indah...pernah sekali...azreen memandang tepat kedalam mata farhan...dan berkata "mata abg warna hazel...cantik..." dan kata2 itu...sudah cukup untuk membuat farhan berasa bangga dan gembira...sehingga ke hari ini....perubahan dari seorang lelaki yang ganas kepada manja betol2 mengejutkan sahabat farhan...

namun adat perhubungan...pasti ada turun naiknya...hari itu...seperti biasa...farhan berjumpa sibuah hati...hari yang disangka ceria rupanya tidak...tiada senyuman untuk farhan hari ini...di bawah sebatang pokok...azreen meminta untuk memutuskan perhubungan yang telah terbina...tiada guruh mahupun angin...pokok yang tenang kini bergoyang...tak semena-mena...air mata mengalir dari sepasang mata lelaki yang egonya pernah setinggi langit...alasan yang diberikan mematikan kesemua ayat yang terbina dalam benak fikiran farhan...darah keturunan yang mengalir dalam setiap urat dalam tubuh farhan...dianggap "KOTOR" oleh keluarga azreen...kerana satu sejarah silam keluarga...farhan dihukum...kesedihan yang dialami tiada tandingan...

walaupun sedih...farhan mudah mengutuskan senyuman mesra apabila perbualan mereka didatangi beberapa orang adik angkat yang disayangi farhan...air mata yang berlinangan tadi kini kering...tiada setitik pon mengalir dimuka farhan...namun mata yang merah menjadi pertanyaan adik2 angkat farhan...penipuan penuh dusta diberikan dan tajuk perbualan ditukar serta merta...perjalanan pulang ke rumah pada hari itu terasa sungguh panjang...linangan air mata terasa menjalar merentasi pipi farhan...dirumah hanya bilik menjadi persinggahan farhan...bilik air menjadi saksi apabila farhan menangis dibawah siraman air hujan...tidur tidak selena dahulu...

perpisahan yang berlaku tidak selama yang disangka...farhan cuba mendapatkan balik apa yang pernah dimilikinya...perasaan sedih ditolak ketepi...di mahu azreen kembali...percubaan yang dilakukan berjaya...dia berjaya memiliki kembali seorang insan yang memiliki hatinya....

namun keadaan sudah tidak seindah dulu...panggilan manja kini bertukar kepada panggilan nama...gurauan sudah tidak semanis dahulu...terasa seperti ade sesuatu yang kurang...namun farhan bersyukur...azreen...insan yang amat disayanginya kini ade di sisi....walau perlu dipujuk dirayu...namun farhan tidak pernah berasa hina kerana terlalu sayangkan si gadis yang bernama azreen...

menyambung pengajian di IPT...farhan mula menjadi liar...baru mengenali dunia yang lebih besar...farhan alpa...namun siapa di hati masih tidak dilupakan...perhubungan lelaki dan wanita ditapis sebaik mungkin kerana tidak mahu melukakan hati seorang insan yang istimewa...pembelajaran masih menjadi keutamaan....adat bagi seseorang yg beralih alam mereka...farhan tidak terlepas dari situasi kejutan budaya /"Culture shock..." dari segi pergaulan...mahupun pembelajaran...kedua2 memberi tekanan kepada farhan...azreen menjadi tempat farhan meluahkan seribu satu rasa...seribu satu kekesalan...

namun...belum reda kekusutan yang berlaku...azreen bertindak untuk meninggalkan farhan...buat kali ke-XX...farhan kusut...tiada lagi tempat mengadu yang boleh dia bersinggah...ibu bapa???kegagalan dan kelemahan yang dialami farhan bukan sesuatu yang sesuai untuk dikongsi dengan ibu bapa...keputusan adik beradik yang jauh lebih baik dari farhan pasti akan dijadikan perbandingan...dan farhan benci akan perkara tersebut...

seorang insan bergelar kawan yang baru dikenali di IPT cuba menenangkan farhan,Iqram...Iqram memperkenalkan farhan kepada si natasha....seorang gadis yang kelihatan manis penampilannya...farhan melihat natasha sebagai seorang yang akan dijadikan pengganti tempat mengadu...pengganti azreen yang tidak mungkin akan kembali...segala macam tips dan cara diajar Iqram...perhubungan yang bermula sebagai kawan bertukar intim...natasha yang disangka "Jinak" rupanya lebih "Liar" dari yang disangka...farhan yang kian hanyut bersama kini terjebak dalam satu pergaulan sosial...yang hanya dilihat farhan dalam televisyen sebelum ini...Iqram menjadi seorang mentor yang hebat...tempat dan masa diaturkan iqram...ape yang perlu dibuat diajar iqram...perkara terakhir yang diajar Iqram ialah cara untuk mendapatkan tubuh natasha...melepaskan nafsu buas yang disimpan keatas tubuh natasha...farhan mungkin jahil...tapi masih beragama...meragut perawan seorang gadis bukan itu yang didambakan...selepas apa yang berlaku...farhan tidak memuaskan serakah natasha..dan natasha berpindah kepada lelaki lain...perhubungan natasha dan farhan hanya bertahan selama sebulan lebih....

tidak disangka...beberapa minggu selepas berpisah dengan natasha...kelibat azreen kembali bertandang...farhan bagaikan orang gila dan memujuk azreen untuk kembali bersama...kejayaan masih di sisi farhan...mereka kini bersama...kegembiraan yang pernah hilang kini dimiliki kembali...azreen satu2nya perempuan yang mampu disayangi farhan...azreen adalah gadis pertama yang mengajar farhan erti sayang dan menyayangi...mencintai dan merindui...(ayat~...*roll eye)

farhan sedar...dirinya x seperti dahulu...dia tidak layak untuk mendampingi azreen...namun kerana tidak mahu kehilangan kebahagiaan yang ada kini...farhan merahsiakan sejarah silam...dia menunggu masa yang sesuai...untuk memberitahu...namun...dia sendiri risau...kerna dia thu...masa itu mungkin tidak akan tiba....namun kehilangan azreen bukanlah satu pilihan yang farhan inginkan...

kegembiraan yang dikecapi kali ini tidak selama yang disangka...pergaduhan yang berlaku antara Iqram dan farhan membuatkan iqram bertindak bijak...menghubungi azreen melalui FB dan memberitahu segala kisah yang disorok farhan...tidak cukup dengan itu...no natasha diberikan sekali untuk azreen mendapatkan kepastian....

**************************

seperti biasa...selesai tugasan...farhan akan keluar melepak di kedai bersama rakan2...namun malam itu...natasha yang sudah lama mendiamkan diri menelefon farhan...bertanyakan tentang seorang gadis yang bertanya tentang masa silam antara dia dan farhan...farhan dengan ringkas meminta no gadis tersebut di-fowardkan...."Excuse me boss..u got a text message..." deringan menandakan ade pesanan telah diterima...nama natasha jelas tertera pada skrin telefon farhan...apabila dibaca isi kandungan pesanan tersebut...dunia farhan seolah2 gelap...gelap segelap2nya...no yang dihantar adalah no azreen!!!!.....

bagus...kini tiada apa yang dapat diperbetulkan...jeritan...tangisan...mahu pon sesalan...tiada satu pun yang mampu mengembalikan apa yang telah hilang...kemunculan hari jadi yang dinanti kini tiba bersama satu hadiah yang x disangka....PERPISAHAN...

segala apa yang pernah dihadiahkan...ikhlas dari lubuk hati...dikembalikan serentak pada hari jadi yang paling "indah" yang pernah dihadapi farhan...dari sekeping kertas tisu yang dijadikan bunga...sehinggalah kepada cincin pasangan yang dipakai mereka...dari barangan uniform kadet laut...sehinggalah bear yang dahulu ada dalam dakapan azreen...habis kesemua yang diimpikan...segala2nya hancur....ternyata penyesalan bukan satu jaminan untuk kemaafan...dan ternyata kesilapan akan muncul akibat yang tak pasti...

Tamat bahagian 1....

No comments:

 
;