Jul 23, 2013

Sebuah Pentas


Hidup...

dibaratkan satu pentas...masing2 pelakon utama untuk kehidupan masing2...masing2 punya jalan cerita yg sudah tertulis oleh yg maha esa...masing2 memandu jalan kehidupan yg mana diberi pilihan...pahala mauhupon dosa...berbalaskan syurga mahupun neraka...

22 tahun berlakon dan sumpah aku penat...tapi masih belom bersedia untuk berhenti...masih belom cukup "duit" yg dimiliki untuk membeli syurga...meratapi hari2 yg mendatang dengan pelbagai keinginan dan pelbagai cerita kalau..."nick...kalau nak main cerita kalau...babi pon boleh terbang seriang burung di langit.." bicara seorang insan bergelar sahabat...

kalau kehidupan ini punya butang replay...akan kusoroti kembali satu persatu perkara yg memedihkan yg pernah terjadi...ketahui dimana silap bila kau dah lakukan yg terbaik...mungkin benar kata org tua2...manusia sukar dipuaskan...tgk lah cermin...mampukah kau puaskan refleksi pada cermin itu??? mampukah kau puaskan hatinya??? keinginannya??? jawapanya tentu tidak...kerana terbatas dek kemampuan....kemampuan yg tidak kau miliki....

mungkin dari pentas kau segalanya kau betol...kaulah yg terhebat dan kaulah yg terbaik...kerana kaulah watak utama...namun pernahkah kau terfikir akan watak kau dan mereka di pentas mereka sendiri??? mereka yg di pentas kau, kau tuduh bersalah??? adakah mereka masih bertanduk di pentas sendiri sebagaimana mereka di pentas kau??? atau sama seperti kau??? mendakwa memiliki sayap sedang hakikatnya memiliki bapak kepada segala tanduk??? menzalimi setiap individu dalam hidup kau???

tuhan aturkan segalanya untuk kau...kalau kau dan mereka/dia dipisahkan kau oleh tuhan...percayalah tiada apa yg baik dari mereka untuk kau...kerana sebaik2 perancangan adalah allah yg maha esa...

fikir-fikirkan,
sekian...

No comments:

 
;