
kita diibaratkan seorang manusia yg mana masing2nya memegang senjata masing2...pistol, pisau, machine gun, crossbow dan segala bagai senjata lagi...
well dalam bercinta nie...masing2 menukar senjata dan mengacukannya ke kepala empunya...memberikan pihak lain kuasa veto untuk menarik picu nya dan menamatkan apa yg ada di depan muncung senjata itu...bergantung lah kepada kejujuran si empunya untuk meletakkan peluru di dalam senjata itu ataupun tidak sebelum saling bertukar senjata...
bila salah seorang berasa bosan...picu ditarik...impak yg diterima mangsa adalah berdasarkan berapa byk peluru yg diisi dalam senjata itu...cukup kuat untuk membunuh...atau mungkin sekadar mencederakan...atau mungkin tiada lansung peluru di dalam kerana si empunya telah meramalkan tembakan itu...
bila dah tertembak...macam-macam reaksi si mangsa...menjerit bagai nak putus anak tekak sedangkan luka yg ada hanyalah calar...kadang2 peluru pon tidak diisi...tapi impaknya seperti ditembak bazooka...ada juga yg cedara parah...namun mendiamkan diri...malas untuk menjerit mungkin...
proses berulang2 berlaku untuk semua peringkat...dari budak hingusan yg hanya mempunyai pistol air sehinggalah mereka yg cukup matang dan mempunyai senjata yg lebih berkuasa...saling melukakan dan dilukakan...akhirnya ada di kalangan mereka mengambil keputusan untuk menunggu...menunggu pasangan yg tidak akan menarik picu yg diberi...
.jpg)
sekian
Peace no War~
No comments:
Post a Comment